Friday 21 June 2013

Monday 27 May 2013


CERAMAH ISRA' WAL MI'RAJ BERSAMA AL-'ALLAMAH SYEIKH NURUDDIN BIN HJ MARBU BIN ABDULLAH THAIYYIB AL-BANJARI AL-MAKKI.

  Pada hari Isnin, 27 Mei 2013 yang lalu telah berlangsungnya ceramah Isra' wal Mi'raj bersama seorang tokoh ulama yang terkenal, al-'Allamah Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib al-Banjari al-Makki. Majlis berlangsung bermula sekitar jam 8 malam sehingga sekitar jam 10 malam dengan diakhiri solat Isya' berjamaah berimamkan oleh al-Fadhil Syeikh Nuruddin. Jumlah kehadiran muslimin dan muslimat pada malam tersebut sekitar 900 orang.

                       



 

Sunday 13 January 2013

PENYERAHAN MASJID


Penyerahan secara rasmi Masjid Abdullah Fahim daripada Pihak Pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang kepada Pihak Pelanggan iaitu Pejabat Pembangunan Negeri telah berjalan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Ruang Foyer Masjid Abdullah Fahim. Seterusnya penyerahan dari Pejabat Pembangunan Negeri kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP)  dan JHEAIPP telah menyerahkan kepada Tuan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara selaku Pengerusi Masjid Abdullah Fahim.


Pengarah JKR menyerahkan kunci kepada Pengarah ICU









KPP Pengurusan Masjid JHEAIPP menyerahkan kunci kepada Tuan Pegawai Daerah
Antara tetamu yang hadir

Pihak Kontraktor dari Klasa Jaya

SEKITAR PEMBINAAN MASJID ABDULLAH FAHIM


BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR PEMBINAAN MASJID ABDULLAH FAHIM

Projek pembinaan Masjid Abdullah Fahim melibatkan  kos sebanyak RM25 juta. Masjid baru ini mula dibina pada bulan Jun 2009 dan apabila siap kelak dapat menampung seramai 6,000 jemaah.

Dalam pembinaan


Rekabentuk Ruangan Solat Utama

Dalam Pembinaan
70% siap





Lawatan TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke Tapak Projek